Pahang bakal turun dengan kesebelasan terbaik menentang Perak pada aksi timbal balik separuh akhir Piala FA di Stadium Perak, malam esok.
Skuad Tok Gajah sebelum ini menurunkan barisan kedua ketika tewas menentang Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.
Dalam aksi kedua berdepan Perak, pengendali Pahang, Dollah Salleh bersedia untuk menurunkan kekuatan sebenar.
“Saya merehatkan skuad utama dalam saingan Liga Super Selasa lalu kerana mahu memastikan mereka (kesebelasan utama) berada dalam kecergasan terbaik.
“Kembalinya mereka pada perlawanan timbal balik di Ipoh malam esok, diharap membantu misi kami layak ke final musim ini.” Katanya kepada BH Sukan.