Luar Negara Berita

Sir Alex Ferguson dan penyesalan terbesar terhadap Park Ji-Sung

Setelah berjaya menjulang pelbagai piala bersama Manchester United, anda semestinya berfikir Sir Alex Ferguson tidak mempunyai apa-apa penyesalan sewaktu mengendali Red Devils.

Tetapi sebenarnya, penyesalah terbesar beliau adalah terhadap pemain sayap Korea Selatan, Park Ji-Sung.

Beliau hadir ke United dari PSV Eindhoven pada 2005 dan telah menjadi pemain pentik buat Sir Alex Ferguson.

Pemain kebangsaan Korea Selatan ini sering diturunkan pada perlawanan besar dan telah menjadi pemain penting yang menyekat kemaraan pemain lawan.

Keupayaan Park Ji-Sung dalam merantai pemain penting pihak lawan adalah antara penyebab kepada kejayaan United berjaya melangkah ke pentas akhir pada tahun 2008, tetapi apa yang mengejutkan adalah Ferguson tidak menyenaraikan beliau pada perlawanan akhir menentang Chelsea.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Keputusan itu memberi kesan kepada Ferguson sehinga ke hari ini.

Bercakap dalam temu bual bersama MUTV, Ferguson menerangkan ; “Untuk memenangi Piala Eropah adalah hebat.

“Ia adalah satu kumpulan pemain hebat yang mempunyai sikap yang hebat serta skuad yang baik dan kuat.

“Masalah saya dalam perlawanan akhir 2008, mungkin saya menyesal sehingga hari ini, saya meninggalkan Park Ji-sung pada perlawanan akhir.

“Dia telah memainkan peranan yang sangat baik dan itulah masalahnya apabila anda sampai ke peringkat akhir.

“Di Wembley [pada 2011], saya melakukan perkara yang sama kepada Dimitar Berbatov dan dia tidak menerima [keputusan] dengan baik, tidak sepatutnya ada pemain yang layak ditinggalkan.”