Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : Melaka United menang tipis dengan Kuala Lumpur

Melaka United berjaya mencatat kemenangan tipis ke atas Kuala Lumpur, 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Kemenangan ini memberi sedikit motivasi buat anak buah Zainal Abidin Hassan apabila gagal mencatat kemenangan ke atas Terengganu minggu lalu.

Jaringan tunggal perlawanan daripada Patrick Reichelt pada minit ke-43 berjaya meletakkan Melaka di kedudukan keempat Liga Super memintas Selangor dan Perak.

Walau bagaimanapun, skuad kendalian Zainal Abidin Hassan berkongsi mata dengan Kedah yang menghuni tangga ketiga Liga Super dengan 26 mata selepas 17 perlawanan.

Skuad Kuala Lumpur pula terpaksa akur di kedudukan ke-10 Liga Super dengan 14 mata hanya dibezakan satu mata dengan PKNP FC di tangga ke-11 liga.