Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : JDT hampiri kejuaraan keenam liga

Kejuaraan Liga Super hampir pasti menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mereka berjaya menewaskan Selangor, 3-2 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.

JDT turun dengan sepenuh kekuatan bagi mencatat rekod kemenangan ke 13 apabila jaringan Cabrera pada minit kesembilan disusuli dengan dua gol daripada Leandro dan juga Safawi Rasid.

Manakal Selangor yang hadir dengan misi mengutip tiga mata penuh terpaksa akur dengan kehebatan lawan apabila dua jaringan daripada Khyril Muhymeen dan Sandro da Silva tidak cukup untuk memberi kemenangan selesa buat anak didik B Sathianathan.

Kemenangan ini membolehkan JDT menjarakkan diri dengan Pahang di tempat kedua dengan perbezaan 13 mata, di mana kini mereka berada selesa di puncak Liga Super dengan 43 mata.

JDT hanya perlu mencatat dua kemenangan sebelum disahkan menjulang kejuaraan Liga Super buat kali keenam apabila mereka bakal turun menentang Melaka United, Rabu ini dan Perak pada 7 Julai.

Luciano Figuero ketika menjawab soalan media menyatakan kegembiraan beliau dengan kemenangan ke atas Selangor.

“Ini adalah saat penting buat kami,” katanya.