Luar Negara Berita

Piala Dunia Wanita – Marta atasi Miroslav Klose dalam kempen Piala Dunia

Penyerang pasukan wanita Brazil, Marta adalah penjaring terbanyak dalam kancah Piala Dunia dengan 17 gol selepas berjaya menjaringkan gol pada separuh masa kedua ketika bertemu Itali.

Beliau juga telah mengatasi rekod pemain bola sepak Jerman, Miroslav Klose yang menjaringkan 16 gol apabila jaringan penalti beliau telah membantu Brazil menempatkan diri mereka di pusingan kalah mati di Perancis.

Marta kini menjaringkan tiga gol lebih banyak daripada Abby Wambach dalam kempen Piala Dunia, serta mendahului bintang bola sepak lelaki yang telah bersara – Ronaldo Nazário dan Gerd Müller.

Ini bukan rekod pertama yang beliau berjaya patahkan pada kejohanan ini. Sebelum ini jaringan beliau ketika bertemu Australia telah memastikan beliau menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam lima kempen Piala Dunia.