Luar Negara Berita

Platini nafi terlibat rasuah dalam pemilihan Qatar sebagai tuan rumah

Bekas presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michael Platini telah ditahan pihak berkuasa Perancis susulan daripada dakwaan rasuah dalam pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.

Beliau walau bagaimanapun menafikan segala tuduhan tersebut sambil berkata ‘tidak melakukan sebarang kesalah’.

Platini dipanggil oleh pihak berkuasa susulan pembabitan beliau dalam memilih Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia.

“Dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan mengesahkan yang dia tidak terbabit dalam fakta (kes) yang tidak diketahuinya,” kata wakil Platini dalam satu kenyataan.

Manakala peguam Platini, William Bourdon menyatakan bahawa anak guamnya dipanggil bagi membantu pihak berkuasa sebagai saksi bukannya sebagai suspek.