Luar Negara Berita

Dani Alves idam Piala Dunia 2022

Piala Dunia bakal dilangsungkan dalam masa tiga tahun lagi, tetapi bagi kapten Brazil, Dani Alves telah memasang impian untuk memenangi kejuaraan terbabit di Piala Dunia 2022 di Qatar.

Persaingan bakal bermula pada 21 November 2022 dan Alves bakal berusia 39 tahun sewaktu itu.

“Ini satu cabaran bagi saya,” kata pemain Paris Saints-Germains.

“Saya tahu bahawa sepanjang tahun-tahun berlalu ada keraguan tetapi saya akan berjuang untuk mengekalkan ruang saya [dalam skuad].”

Beliau turut menjelaskan bagaiamana Brazil tanpa Neymar di saingan Copa America

“Saya fikir tugas di tangan tetap sama,” kata Alves.

“Kami bermain untuk pasukan yang mempunyai sejarah hebat dan kami perlu memakai baju ini dengan tanggungjawab di bahu kami.”