Luar Negara Berita

Piala Dunia Wanita : Carli Lloyd catat rekod baharu, USA dan Sweden ke pusingan kalah mati

Carli Lloyd telah mencatat nama selaku pemain pertama yang menjaringkan gol pada enam kempen Piala Dunia selepas jaringan beliau telah membawa USA ke peringkat 16 di pusingan kalah mati.

USA bakal menyertai Sweden yang turut layak ke pusingan kalah mati selepas berjaya menewaskan Thailand 5-1 awal pagi tadi.

Berikut adalah aksi keseluruhan Piala Dunia awal pagi tadi.​

Sweden vs Thailand

Sweden tidak membuka kejohanan ini dengan baik sewaktu perlawanan pertama dengan Chile tetapi bermain dengan aksi yang penuh konsisten ketika menewaskan Thailand.

Jaringan awal Sweden hadir melalui tandukan Linda Sembrant sebelum Kosovare dan Fridolina Rolfo menyumbang gol untuk pasukan Sweden.

Biarpun ketinggalan 3-0 seawal separuh masa pertama, Thailand tidak mahu episod sama berulang ketika bertemu Sweden apabila mereka tampil lebih teratur.

Lina Hurtig menambah gol keempat untuk Sweden, namun sorakan terbesar petang itu datang ketika Thailand berjaya menjaringkan gol pertama mereka pada kancah Piala Dunia kali ini. Kapten Kanjana Sung-Ngoen mencatat nama selaku penjaring untuk pasukan Gajah Perang terbabit.

Gol kelima hadir di akhir minit perlawanan apabila pengadil memberikan penalti kepada Sweden selepas rujukan Video Bantuan Pengadil (VAR) tetapi itu tidak memadam semangat jurulatih Thailand, Nuengruetai Srathongvian yang berkata kepada BBC Sport

“Ini bermakna semua penyediaan kami telah selesai. Jaringan ini membuat kami ketawa, membuatkan kami tersenyum dan membuat kami gembira. ”

USA vs Chile

Carli Lloyd tidak membarisi pasukan ketika mereka membelasah Thailand 13-0 pada perlawanan pertama tetapi beliau berjaya mencatat nama selaku penjaring untuk kemenangan 3-0 keatas Chile.

Beliau tidak mengambil masa lama untuk menjaringkan gol, melepaskan sepakan padu ke gawang Chile untuk jaringan pertama.

Jaringan tersebut bermakna dia telah menjaringkan gol dalam enam perlawanan Piala Dunia berturut-turut.