Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : Pemain muda azam mahu bantu Selangor atas Kuala Lumpur

Selangor bakal bertemu Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, Sabtu ini dan pemain muda berusia 23 tahun, Sean Eugene Selvaraj sudah bertekad mahu menjaringkan gol ketika bertemu skuad Ibu Kota.

Bekas pemain Negeri Sembilan ini mula menyarung jersi Selangor selepas rasmi menandatangani kontrak bersama Red Giants pada 4 December 2017.

Eugene yang juga pemain kelahiran Negeri Sembilan sudah meledakkan dua gol untuk pasukan Red Giants dan baginya perlawanan dengan Kuala Lumpur adalah medan untuk beliau melepaskan dahaga jaringan gol.

“Saya amat dahagakan jaringan gol dan berharap dapat melakukannya bagi membantu Selangor mencapai kemenangan ke atas Kuala Lumpur,” Katanya kepada BH Sukan.

Selangor sebelum ini tewas 0-1 ke atas Terengganu FC (TFC) pada aksi 25 Mei lalu dan Eugene berazam mahu mempersembahkan permainan yang lebih baik bagi membantu Selangor mencatat kemenangan di halaman sendiri.

Beliau juga turut berharap agar mendapat kepercayaan daripada ketua jurulatih Selangor, B Sathianathan bagi membarisi kesebelasan utama serta membantu Selangor menjaringkan gol.

Skuad Red Giants sekarang menduduki tangga kelima carta Liga Super dengan mengumpul 22 mata.