Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : Melaka United tagih bisa Patrick Reichelt

Melaka United (MU) boleh menarik nafas lega apabila penyerang import, Jerman Patrick Reichelt sudah kembali menyertai pasukan menjelang perlawanan dengan Terengganu FC (TFC) di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

Sebelum ini, pemain kelahiran Berlin telah mewakili Filipina sebagai pemain naturalisasi dan menjadi taruhan terbaik buat Zainal untuk merobek gawang TFC.

Patrick juga telah menjaringkan lapan gol sepanjang menyarung jersi MU serta telah menempatkan dirinya selaku peledak utama Liga Super.

Bagi pengendali MU, Zainal Abidin Hassan yakin bahawa Patrick bakal menjadi fokus utama pertahanan lawan dalam mempertahankan gawang gol mereka.

“Justeru sudah pasti pengalaman antarabangsanya dan gabungan rangkaian serangan perlu dititik berat untuk membolehkan jaringan mampu dihasilkan.”

Tetapi itu tidak akan merencatkan perancangan Zainal kerana beliau percaya Davy Angan boleh mengambil tugas selaku peledak jika Patrick dikekang pertahanan lawan.