Luar Negara Berita

Kepa Arrizabalaga tahu De Gea sedih

Kepa Arrizabalaga diletakkan sebagai penjaga gol utama untuk Sepanyol pada malam semalam, dengan David de Gea menonton dari bangku simpanan ketika La Roja mengalahkan Sweden 3-0 di Santiago Bernabeu.

Penjaga gawang Chelsea ini dipilih sebagai penjaga gol utama Sepanyol di atas faktor kempen sempurna beliau bersama Chelsea, manakala De Gea diketepikan apabila gagal hadir dengan aksi yang konsisten ketika bersama Manchester United.

“Saya akan terus bekerja seperti yang saya ada sehingga kini, melakukan yang terbaik di kelab saya untuk memastikan keyakinan jurulatih,” kata Kepa.

“Siapa yang bermain akan melakukannya dengan baik.

“Sudah tentu saya faham bahawa David sedih, kita semua berlatih untuk bermain dan kemudian keputusan jurulatih [keluar] dan terpulang kepada anda untuk bertindak balas dengan baik.”