Malaysia Berita

TMJ jemput 10 bintang bolasepak dalam perlawanan menentang Pilihan JDT

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bakal diadakan satu perlawanan amal melibatkan Pilihan JDT menentang ‘Rest of the World XI” di Larkin pada 30 Jun nanti.

Berita gembira ini dikongsi di laman sosial rasmi, Facebook dan Twitter beliau, hari ini.

Bergerak atas nama Perlawanan Amal ‘All Star’, antara bintang yang bakal diturunkan adalah lagenda Portugal, Luis Figo, bekas pemain Brazil, Roberto Carlos dan Bebeto, bekas pemain Argentina, Claudio Caniggia, bekas pemain bola sepak Itali, Marco Materazzi serta bekas pemain sayap Arsenal, Robert Pires.

“Sesi bersama penyokong untuk bagi mendapatkan autograf dan bergambar turut diadakan.

“Semua hasil kutipan akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aid Organisation,” demikian menurut Tunku Ismail.

Saya teruja untuk memaklumkan bahawa Perlawanan Amal 'All-Star’ antara ‘Rest of the World XI’ dan Pilihan JDT akan…

Posted by HRH Crown Prince of Johor on Wednesday, 5 June 2019