Malaysia Berita

Corbin Ong ada kelebihan – Tan Cheng Hoe

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui kredibiliti yang dimiliki oleh pemain pertahanan kiri negara, Lavere Corbin Ong dalam kemampuan pemain tersebut mempersembahkan permainan beliau.

Tambah beliau lagi, kemampuan Corbin bermain dibeberapapa posisi lain memberi impak positif kepada pasukan kebangsaan.

“Barisan kejurulatihan memilih dia kerana pemain terbabit ada kelebihan yang mampu membantu skuad kebangsaan mengekang asakan lawan.

“Corbin Ong juga menunjukkan semangat juang tinggi dan mampu merencanakan strategi yang diterapkan dalam skuad kebangsaan. Jadi kami pilih pemain dengan teliti serta mengikut kesesuaian,” katanya.