Liga Super Malaysia Berita

Igor Zonjic sedih tinggalkan TFC

Pemain pertahanan Terengganu FC (TFC) sebelum ini, Igor Zonjic meluahkan rasa sedih untuk meninggalkan TFC selepas beliau digugurkan daripada skuad Penyu tersebut.

Zonjic juga berkata kepada media bahawa beliau sudah menganggap pasukan tersebut sebagai rumah kedua.

“Saya tidak bersama lagi TFC kerana sudah ditamatkan kontrak. Kami sudah bersetuju dalam semua hal selepas perbincangan diadakan dengan pihak pengurusan. Namun begitu, kaki saya begitu berat untuk melangkah pergi meninggalkan Terengganu..

“Saya juga begitu sedih untuk pergi meninggalkan kelab ini (TFC), lebih-lebih lagi saya sudah anggap kelab ini sebagai rumah dan keluarga saya selepas bersama sejak awal musim lalu. Tetapi apa boleh buat.

“Inilah bola sepak, saya perlu akur. Malah ada pemain ternama yang menyarung jersi pasukan besar dengan kelab lain juga terpaksa meninggalkan pasukan, ia biasa dalam mana-mana kelab,” kata Zonjic mengenai penggugurannya daripada skuad TFC.