Futsal Berita

FAM komited majukan sukan futsal

Hari di mana futsal dianggap sebagai sukan yang dianggap membuang peluh telah berakhir apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil langkah lebih kemas dengan melancarkan Liga Futsal Profesional Malaysia (MPFL).

Ianya dikhabarkan bakal bermula 28 Jun nanti dengan pasukan futsal lelaki bakal disertai dengan sembilan pasukan, manakala wanita bakal disertai dengan empat pasukan di mana mereka bakal berentap sesama sendiri bagi merebut trofi kejuaraan MPFL.

Jalan yang diambil FAM ini jelas membuktikan bahawa badan induk tersebut serius dalam meningkatkan profil sukan tersebut mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Bagi Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata mereka mahu liga itu dijalankan secara profesional dan bukannya seperti sebelum ini yang lebih kepada format karnival.

“Saya menjangkakan lebih banyak pasukan bakal menyertai [MPFL] dua hingga tiga tahun akan datang. Kami mungkin memperkenalkan pemain asing dalam liga juga,” kata Hamidin.

“Matlamat kami adalah untuk menjadi sebahagian daripada pertandingan futsal AFC pada masa akan datang. Kami juga merancang untuk membawa kelab serantau untuk menjadikannya lebih menarik.”