Liga Super Malaysia Berita

JDT mudah atasi Kedah

Johor Darul Ta’zim (JDT) mudah memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka apabila pasukan itu berjaya menewaskan Kedah, 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Kemenangan JDT ke atas Kedah pada malam semalam menjadikan mereka dilandasan yang betul untuk memenangi gelaran Liga Super buat kali keenam berturut-turut.

Pada perlawanan terbabit, JDT berjaya menjaringkan gol menerusi Leandro Velazquez pada minit ke-33 sebelum Safawi Rasid menjaringkan gol kedua pada minit ke-86.

Kedah bukan sahaja malang apabila tewas dengan JDT, malah pertahanan kanan mereka, Rizal Ghazali dilayangkan kad merah pada minit ke-67 selepas mengutip kad kuning kedua.