Malaysia Berita

Kemunculan Forkey Doe jadi tanda tanya

Forkey Doe dari Libya dan Lazarus Kaimbi dari Namibia yang menjalani latihan bersama skuad utama Pahang telah menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat bola sepak Pahang.

Kemunculan mereka berdua nyata disambut dengan kejutan buat para peminat setelah hadir tanpa sebarang spekulasi sebelum ini.

Menurut BH Sukan, Forkey Doe yang pernah menyarung jersi Pahang musim lalu dan Kaimbi yang pernah bersama Kelantan dikhabarkan telah menjalani latihan dengan skuad Tok Gajah sambil mencuba nasib bersama skuad Dollah Salleh.

“Setakat ini, tiada keputusan rasmi untuk menukar pemain terutama penyerang selepas keputusan kurang memuaskan dalam saingan Liga Super.

“Segala-galanya kini terpulang kepada keputusan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menukar pemain import atau mengekalkan pemain sedia ada,” katanya.

Musim ini, Pahang menyenaraikan lima pemain import iaitu Dickson Nwakaeme dari Nigeria, Jose Eduardo atau Ze Love (Brazil), Horelof Goulon (Perancis), Safuwan Baharudin (Singapura) dan Saddil Ramdani (Indonesia).