Kajian & Analisis

Tiga aspek utama tentang masa hadapan Kylian Mbappe

Pintu perpindahan semakin hampir dibuka dan Kylian Mbappe akan sentiasa dikaitkan dengan kelab-kelab besar di benua itu, lebih-lebih lagi selepas beberapa kenyataan menarik tentang masa depannya.

Penyerang berusia 20 tahun berkata kepada media bahawa beliau merasakan sudah tiba masanya mencari kelab yang hadir dengan banyak tanggungjawab dan kenyataannya tersebut seolah menganggap Paris Saint-Germain bukanlah tempat yang tepat.

“Saya fikir saya mencapai titik perubahan pertama atau kedua dalam kerjaya saya,” katanya

“Mungkin sudah tiba masanya untuk mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, yang boleh dilakukan di PSG dengan senang hati atau mungkin di tempat lain dengan projek baru.”

Mbappe terus membincangkan kerjayanya setakat ini.

“Ini musim keempat saya dalam liga ini dan saya mempunyai banyak pengalaman menarik,” katanya mengenai perjalanan Ligue 1.

“Pertama, saya bersama Monaco dan kami berjaya memenangi gelaran dan kemudian saya menyertai pasukan yang sama sekali berbeza di Paris, di mana saya berjaya menyesuaikan diri dari tahun pertama.

“Terdapat beberapa kekecewaan, tetapi itu sebahagian daripada bola sepak dan kami berjaya menyelesaikan sesuatu untuk memenangi gelaran.”

Tetapi apakah yang dimaksudkan oleh pemain tersebut?

Di sini, kita lihat tiga aspek utama untuk masa hadapan Kylian Mbappe.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Kontrak

PSG menandatangani Mbappe pada musim panas tahun 2017 dan beliau telah berkembang menjadi pemain penting dalam merebut pelbagai gelaran.

Untuk rekod, pemain kelahiran Brazil, Neymar telah mendapat bayaran dua kali ganda daripada Mbappe sejak membuat perpindahan daripada Barcelona, tetapi ia juga adalah petanda bahawa Mbappe mahu menutup jurang tersebut kerana beliau merasakan telah menjadi watak penting kepada PSG dalam dua musim berturut-turut selepas pemain Brazil itu sering dilanda kecederaan.

Terdapat hubungan antara pemain dan kelab dalam pembaharuan kontrak dan Marca melaporkan, Nasser Al-Khelaifi dijangka tiba Paris minggu depan untuk membincangkan perkara ini.

(Photo by Tim Clayton/Corbis via Getty Images)

Bilik persalinan

Bilik persalinan PSG adalah salah satu yang paling rumit dalam bola sepak Eropah, dengan beberapa laporan melaporkan bahawa bilik persalinan mereka diselebungi dengan masalah disiplin.

Kedua-dua watak ini – Mbappe dan Neymar – adalah pemain yang paling dihormati di dalam bilik persalinan dan hubungan baik mereka diteruskan di padang dan di luar padang.

Tetapi, apabila Mbappe mengeluarkan kenyataan pada Ahad lalu. Ia telah menarik perhatian kelab.

Secara jelasnya, apa yang kita boleh maksudkan daripada kenyataan Mbappe adalah sudah tiba masanya bahawa beliau diangkat menjadi ketua dalam bilik persalinan dan juga di atas padang.

Tetapi sangat jelas bahawa tanggungjawab yang beliau minta pada Ahad lalu jelas hilang di Parc des Princes disebabkan Neymar.

(Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Real Madrid

Mbappe telah dikaitkan dengan Real Madrid selama beberapa tahun kebelakangan ini dan ada juga perjanjian untuk membawanya ke Estadio Santiago Bernabeu pada musim panas 2017, sebelum PSG menolak.

Kenyataan beliau pada Ahad lalu bakal menguatkan lagi potensi Mbappe berpindah ke Los Blancos.

Pemain itu tahu bahawa Real Madrid berminat untuk menandatanganinya dan Zinedine Zidane merupakan tarikan tambahan bagi anak muda itu.

Laporan di media Perancis juga mencadangkan bahawa mungkin terdapat panggilan telefon antara pemenang Piala Dunia 1998 dan 2018.