Futsal Berita

‘Kerja keras bermula sekarang’ – Taufik Yaiyah

Pengendali baharu Pahang Rangers FC, Taufik Yaiyah akur dengan kekalahan, 0-6 di tangan Selangor pada pertembungan di Kejohanan Futsal 3 Penjuru di SUKPA, Kuantan malam tadi.

Kejohanan ini adalah sebahagian daripada aksi pra musim bagi menghadapi MPFL 2019 pada Mei nanti.

Biarpun baru mengambil alih pasukan dan membuat pertemuan dengan para pemain pada 18 Mei lalu, bagi Taufik Yaiyah, ia tetap menjadi tanggungjawab beliau dan segala kelemahan pasukan pada perlawanan tersebut akan dinilai kembali.

“Sememangnya ini bukan permulaan yang saya impikan, tetapi kita perlu ingat perjalanan ini masih terlalu jauh.

“Walaupun baru sehari bersama pasukan, saya tidak mahu memberi alasan dan memikul sepenuhnya tanggungjawab di atas kekalahan ini, analisis menyeluruh akan dibuat dan kerja keras, latihan akan diteruskan. Kita tidak mahu sesekali pandang ke belakang. Kita perlu terus mengorak langkah.” Katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Pahang Rangers FC.