Thierry Chanta Bin, pemain import Terengganu FC (TFC) dikhabarkan berada di dalam radar penyingkiran skuad Irfan Bakti Abu Salim.
Sebelum itu beliau adalah pemain bernilai yang pernah menyarung jersi TFC apabila mempunyai pengalaman bermain di bawah skuad kebangsaan Perancis bawah 17 tahun sebelum menyertai skuad Penyu
Beliau yang banyak memanaskan bangku simpanan selain daripada banyak masuk sebagai pemain gantian termasuk sewaktu tewas besar ke atas Pahang dalam saingan Piala FA.
Bagi pengendali TFC, Irfan Bakti Abu Salim akui begitu kecewa dengan tahap persembahan daripada pemain yang berasal daripada Kemboja terbabit.
“Sebelum ini, pemain itu tidak berada dalam senarai yang bakal digantikan dengan pemain import lain tetapi dengan kemerosotan prestasinya termasuk corak permainan yang semakin tidak konsisten dan kerap hilang bola, kami mungkin akan cari pemain lain menggantikannya,” ujar Irfan.