Luar Negara Berita

Martin Odegaard tidak akan dijual

Persembahan Martin Odegaard dalam Eredivisie Belanda untuk Vitesse mungkin tidak disedari, tetapi Real Madrid tidak berniat membiarkan pemain Norway itu meninggalkan Real Madrid.

Pemain berusia 20 tahun itu telah menarik perhatian pasukan separuh akhir Liga Juara-Juara, Ajax yang telah mengikuti perkembangan beliau sejak daripada tahun ini.

Walau bagaimanapun, Real Madrid mengambil sikap tegas, di mana dengan jelas mereka tidak akan menjual pemain terbabit.

Los Blancos telah mendapatkan khidmat pemain ini pada musim 2014/15 dengan bayaran 3.5 juta euro dan biarpun beliau masih gagal meletakkan diri beliau pada kesebelasan utama Madrid, tetapi Los Blancos masih percaya dengan kemampuan beliau.

Bercakap kepada Marca, beliau berkata bahawa segala keputusan yang diambil perlu melalui kelab dan beliau tidak menolak untuk berpindah jika ianya baik untuk perkembangan dirinya.

“Ejen saya sentiasa berhubung dengan Real Madrid dan kami menilai beberapa perkara, kita perlu melihat apa yang terbaik untuk pembangunan saya dan kemudian membuat keputusan,” kata pemain itu semasa wawancara baru-baru ini di televisyen Belanda.