Ole Gunnar Solskjaer mempunyai baki lima perlawanan untuk meletakkan Manchester United dalam kelompok empat terbaik musim ini.
Dalam masa yang sama, ia juga adalam baki lima perlawanan di mana Solskjaer perlu membuktikan bahawa pengurusan kelab tidak silap dalam menjadikannya pengganti Jose Mourinho.
United yang bermula cemerlang sejak Solskjaer mengambil alih di dapati gagal memberikan aksi yang konsisten selepas tewas lima perlawanan dalam tujuh perlawanan terakhir mereka.
“Jika dibandingkan pada 19 Disember dan di mana kami berada sekarang, saya rasa semua orang boleh membayangkan apa yang boleh dilakukan dengan lima perlawanan berbaki,” kata Solskjaer.
Kelima-lima perlawanan ini akan menjadi penentuan sama ada United akan mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara yang turut menjadi buruan Chelsea, Arsenal dan Tottenham Hotspur.