Futsal

UM muncul juara Futsal Wanita IPT 2019

Futsal Wanita Institusi Pengajian Tinggi (OPT) 2019 mencipta sejarah baharu apabila Universiti Malaya (UM) mudah mengenepikan cabaran Universiti Utara Malaysia (UUM) 5-1 pada aksi final semalam.

UM yang turun dengan bintang terkuat mereka, Intan Sarah Anisah dan Siti Asnidah Zamri menjadi pasukan pilihan selepas juara bertahan, UPM tersingkir pada aksi suku akhir dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 1-2.

Menurut laporan BH Sukan, UUM selaku tuan rumah berjaya mara ke pentas akhir selepas menundukkan UPSI menerusi penentuan penalti pada aksi separuh akhir.

UM pula berjaya menyingkirkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) 3-0 untuk melangkah ke final.

Pada aksi akhir tersebut, UM mudah mendahului UUM dengan 3-1 pada aksi separuh masa pertama menerusi Syahirah Shahnon, Siti Asnidah dan Nor Syazwani Din. Manakala Felicity Agnes Ng dan Intah Sarah menambah luka UUM dengan jaringan masing-masing pada babak kedua.

KEPUTUSAN:

Juara – Universiti Malaya (UM)

Naib Juara : Universiti Utara Malaysia (UUM)

Ketiga :Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Keempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

ANUGERAH:

Penjaring Terbanyak : Intan Sarah Anisah Zulgafli (UM)

Penjaga Golf Terbaik : Nur Syazwani Zainal Abidin (UiTM)

Pemain Terbaik : Siti Asnidah Zamri (UM)

Pemain Paling Bernilai : Nabilah Shahirah Nafi (UPSI).