Selepas menang bergaya dengan Porto, 4-1 di Portugal, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp meluahkan rasa tidak sabar untuk bertemu Barcelona pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.
Liverpool menang 3-0 pada perlawanan di Anfield minggu lalu mudah meratah Porto dengan empat gol masing-masing dijaringkan oleh Sadio Mane, Mo Salah, Roberto Firmino dan Virgil van Dijk.
Manakala pasukan tuan rumah mendapat gol saguhati melalui pemain mereka, Eder Militao.
Liverpool bakal bertemu Barca buat pertama kali sejak musim 2006/07 di mana Liverpool menang ke atas gergasi Sepanyol pada aksi pusingan 16 menerusi gol di tempat lawan.
“Saya tidak sabar menantinya. Berita mengenai perlawanan bola sepak sebenar antara Barcelona dan Liverpool amat hebat,” kata Klopp yang selangkah lagi untuk menyamai pencapaian mara ke final setahun lalu.
“Mara ke separuh akhir buat tahun kedua berturut-turut membawa mesej yang kuat. Saya amat bangga dengan pemain-pemain dan apa yang mereka lakukan.”
Pertembungan kedua-dua pasukan yang masing-masing dikuatkan oleh Lionel Messi dan Mo Salah akan berlangsung pada 30/4/2019 nanti.