Kajian & Analisis

Tiga perkara yang perlu dilakukan United jika mahu menang ke atas Barcelona

Barcelona mempunyai kelebihan satu gol menjelang pertembungan kedua suku akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester United di Camp Nou, awal pagi nanti

Ole Gunnar Solskjaer telah melakukan sesuatu yang ajaib apabila berjaya menundukkan gergasi Perancis sebelum ini tetapi cabaran berbeza bakal diberikan Ernesto Valverde apabila pasukan beliau menerima kunjungan Red Devils.

Berikut adalah tiga perkara yang perlu dilakukan United untuk mengatasi Los Cules di Camp Nou

Menguji kekuatan barisan pertahanan – Gerard Pique dan Clement Lenglet

Mereka berdua adalah watak penting di dada pertahanan Barcelona, United perlu meletakkan tekanan kepada kedua-dua pemain ini.

Marcus Rashford melalui kelajuan dalam lariannya serta bijak dalam kawalannya, jika beliau mampu untuk menggunakan kelebihan yang beliau ada, maka mereka akan mendapat peluang untuk mencetak gol.

(Photo by David Ramos/Getty Images)

Manakala Romelu Lukaku boleh menggunakan kelebihan beliau untuk menewaskan Pique.

United perlu mempunyai gaya permainan yang tidak bersifat setempat, Rashford dan Lukaku boleh menukar kedudukan mereka bagi memberi peluang kepada bahagian tengah untuk mencipta serangan balas yang pantas.

Jadikan bahagian tengah lebih bahaya

Scott McTominay dan Fred kedua-duanya sangat cemerlang dalam di Old Trafford minggu lalu biarpun tewas 0-1.

Mereka meletakkan kualiti mereka lebih tinggi daripada Ivan Rakitic dan Arthur Melo dan digambarkan oleh Jose Mourinho sebagai ‘anjing gila.

Ia salah satu kawasan di mana Manchester United berjaya mengawal Los Cules apabila menidakkan beberapa hantaran – Rakitic dan Arthur – yang mencari Lionel Messi.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Pada awal pagi ini, bahagian tengah United perlu lebih garang dan agresif menekan kedua pemain tengah Barcelona – Rakitic dan Arthur atau Arturo Vidal.

Dengan tekanan yang diberikan, ia akan meninggalkan Sergio Busquest keseorangan dan dalam kedudukan yang lebih mendalam – hampir dengan pertahanan.

Secara umumnya, tekanan yang diberikan kepada bahagian tengah dapat menghalang sebarang hantaran yang bertujuan mencari Messi.

Jangan gentar dengan posisi

Barcelona adalah salah satu daripada beberapa pasukan yang dapat mengekalkan bola di kaki mereka serta bermain bola sepak yang indah, tetapi Manchester United tidak boleh membenarkan diri mereka tertipu pada awal pagi nanti.

Kita dapat lihat bagaimana Solskjaer seolah tersekat diantara dua perkara – pertama, sama ada mahu menghormati mereka sebagai tuan rumah atau cuba berdiri sama tinggi dengan kelab Catalan terbabit.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

United tidak perlu bersusah payah untuk menyamai permainan yang dimiliki oleh lawan mereka, kerana diakhirnya nanti ia tidak menjadi masalah jika United menang 2-0 dengan hanya mempunyai 21% kawalan bola.

Barcelona mempunyai sistem kawalan bola yang baik dan ia akan menjadi tidak bijak jika United mencuba untuk bermain seperti mereka.