Malaysia Berita

MFL dalam perbincangan dengan lima penaja baharu

Lima syarikat berminat untuk menjadi penaja baharu dalam Liga Malaysia (Liga M), kata Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Walau bagaimanapun, MFL belum boleh mendedahkan nama syarikat berkenaan kerana ia masih dalam proses perbincangan.

Bercakap kepada Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, “ia akan ambil masa beberapa minggu lagi sebab semua masih dalam proses perbincangan dan pertimbangan. Lima syarikat,” kata Kevin.

MFL sedang dalam usaha mencari penaja baharu selepas menamatkan kontrak penaja rasmi mereka, Telekom Malaysia (TM) pada pertengahan bulan lalu.