Eropah Berita

United tewas hasil jaringan sendiri

Tugas getir menanti Manchester United selepas tewas 1-0 dalam kempen Liga Juara-Juara dengan Barcelona hasil daripada gol sendiri Luke Shaw di Old Trafford, awal pagi tadi.

Pada aksi peringkat 16 terbaik, United menunjukkan kebangkita dengan menewaskan Paris Saint-Germain setelah tewas pada pertemuang pertama di halaman sendiri.

Pada aksi kali ini, United perlu sekali lagi mendaki gunung yang tinggi di Nou Camp dalam tempoh enam hari.

Pada aksi tersebut, Shaw tertampan tandukan Luis Suarez ke gawang sendiri selepas 12 minit perlawanan berlangsung. Barca tidak beraksi di tahap sebenar tetapi berjaya mengawal permainan dengan baik sekali gua memberi kelebihan menjelang aksi timbal balik.

United beraksi lebih baik pada awal babak kedua tetapi kekurangan kreativiti di bahagia tengah menyaksikan tiada hantaran merbahaya dapat diberikan kepada Rashford dan Romelu Lukaku.