Luar Negara Berita

‘Apabila pemain mempunyai keinginan untuk pergi, sukar untuk mengubah fikirannya’ – Higuain

Penyerang Chelsea, Gonzalo Higuain menyatakan biar sekuat mana Stamford Bridge cuba menahan bintang mereka, Eden Hazard daripada menyertai Real Madrid tetapi kalau pemain itu telah mempunyai harapan dan imaginasi beliau, tiada apa-apa yang mampu dilakukan.

Minat Madrid terhadap bintang kelahiran Belgium telah menjadi topik hangat sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan khabar daripada Sepanyol menyatakan bahawa Zidane telah melakukan langkah pertama.

“Apa yang boleh saya ceritakan? Ini adalah perkara yang melibatkan eksekutif kelab dan keinginan pemain,” kata Higuain kepada ESPN berhubung dengan masa depan Hazard.

(Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

“Apabila pemain mempunyai keinginan untuk pergi, sukar untuk mengubah fikirannya.

“Dia adalah salah satu yang terbaik [di dunia]. Sudah jelas ketika ini dia berada di tahap ini, dia memberi anda mata, dia memberikan gol, dan satu kebenaran bahawa ia adalah aset yang hebat untuk dimiliki.

“Apa yang penting ialah keputusan Eden dan keputusan pengurusan, saya tidak boleh berbuat apa-apa.”