Luar Negara Berita

Coutinho tak mengalah, mahu terus kekal di Barcelona

Philippe Coutinho telah dikritik kerana persembahan yang kurang memuaskan pada musim ini, tetapi untuk mengalah dan meninggalkan Barcelona tidak ada dalam kamus hidupnya.

Barcelona berada di puncak La Liga, final Copa Del Rey dan suku akhir Liga Juara-Juara dan pemain Brazil itu mahu membuktikan yang beliau layak untuk menyarung jersi Barcelona.

“Ini musim kedua saya di Barcelona,” kata Coutinho kepada The Daily Mirror, “Saya telah memenangi gelaran dan saya sentiasa menjadi pemain yang tinggi cita-cita dan saya mahukan lebih banyak lagi.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

“Saya mahu bermain bola sepak di Sepanyol dan di sini saya bermain di kelab terbaik di Sepanyol – apa lagi yang saya boleh minta?” Katanya

Ketika bercakap tentang masa depannya, Coutinho terus menolak sebarang potensi untuk kembali ke Liga Perdana.

“Pada masa ini, saya hanya tumpu kepada Barcelona. Kembali ke England tidak ada dalam rancangan saya.”

Barcelona bakal bertemu Manchester United pada 10 dan 16 April di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dan Coutinho teruja untuk bertemu bekas musuh tradisinya ketika masih menyarung jersi Liverpool.

(Photo by Jeroen Meuwsen/Soccrates/Getty Images)

“Ia rumit untuk menggambarkan apa yang perlu anda lakukan untuk menang terhadap pasukan ini,” katanya.

“Untuk memulakan, Manchester United mempunyai penjaga gol yang hebat dan beberapa pemain yang sangat baik dalam serangan.

“Ia jadi normal sekiranya peminat United memilih untuk boo Luis Suarez dan saya sendiri ketika masih bermain untuk Liverpool.

“Saya belajar tentang pentingnya perlawanan menentang United [ketika bermain untuk Liverpool] dan memahami persaingan, setelah bermain menentang mereka beberapa kali.

“Saya masih mempunyai pertempuran ini dalam ingatan saya dan jika Barcelona mengalahkan United, ia akan menggandakan kepuasan peribadi untuk diri saya sendiri.”