Luar Negara Berita

Cara unik Cristiano Ronaldo kenalkan diri di Manchester United

Kisah bagaimana Cristiano Ronaldo memperkenalkan dirinya pada debut awal ketika menentang Bolton pasti akan menjadi ingatan manis buat para penyokong Manchester United.

Tekanan dapat dirasai pada 16 Ogos 2003, di mana Manchester United mempunyai kelebihan satu gol ke atas Bolton dengan berbaki 29 minit perlawanan dan Sir Alex Ferguson dilihat mundar mandir ditepi padang mencari inspirasi.

Beliau lalu memandang ke arah bangku simpanan, mengunyah gula-gula getahnya lebih kuat daripada kebiasaan dan menatap pemain yang baru membuat perpindahan daripada Sporting Lisbon dengan nilai £12.2 juta.

(Photo : Philippe Perusseau / Icon Sport via Getty Images)

Sejak daripada itu, seorang bintang dilahirkan dan Ronaldo tidak lagi memandang ke belakang demi mencapai puncak kejayaan.

Tetapi tahukah anda bagaimana Ronaldo memperkenalkan dirinya dalam bilik persalinan United?

Bekas rakan sepasukan, Quinton Fortune ketika ditemuramah oleh The Guardian ada kisahnya.

“Ronaldo datang dengan penuh keyakinan, ia sukar dipercayai, dia berjalan di bilik persalinan dan pada dasarnya memberitahu semua orang dia yang terbaik, bukan dalam Bahasa Inggeris yang sempurna tetapi anda boleh memahaminya.” katanya dalam temu bual dengan The Guardian.

(Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)

“Itu meletakkan dia di atas semua pemain muda dan dia disokong dengan etika dan kemampuannya.

“Walaupun pada usia itu dia mahu menjadi lebih baik pada segala-galanya, jika anda melakukan sesuatu dalam latihan, dia akan berlatih dan kembali melakukannya.”

Ia merupakan perjalanan yang luar biasa untuk Ronaldo yang dilahirkan di Madeira.

“Perlawanan pertama yang saya main menentang Manchester United adalah permainan yang luar biasa, malam yang sempurna.” kata Ronaldo.

“Apabila saya mendengar beberapa rakan sepasukan [Sporting] saya berkata, ‘Dengar, anda akan pergi ke Manchester, percayalah saya Sir Alex Ferguson ada di sana dan mahu bercakap dengan anda.’ Jadi saya pergi ke bilik persalinan dan dia memperkenalkan saya kepada para pemain yang bagi saya adalah keseronokan kerana saya agak pemalu.

“Alex Ferguson kemudian berkata kepada saya – ‘Saya mahu kamu sekarang’. Semuanya datang dengan cepat dan dua hari kemudian saya bercakap dengan jurulatih dan mereka membawa saya ke England.”