Pahang berjaya menewaskan FELDA United 3-1 di Stadium Tun Abdul Razak untuk merampas kedudukan takhta Liga Super daripada Johor Darul Ta’zim (JDT)
Kemenangan ini memberi Pahang kedudukan yang selesa dengan 17 mata.
Tok Gajah membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi rembatan leret Norshahrul Idlan Talaha yang berjaya menewaskan penjga gol tuan rumah, Norazlan Razali.
FELDA kemudian bangkit mengambil peluang terhidang hasil daripada kesilapan penjaga gol pelawat, Helmi Eliza Elias yang gagal menampan kemas untuk menyamakan kedudukan menerusi Thago Junio de Aquino.
Pahang kembali dihadapan pada separuh masa kedua dengan dua gol dijaringkan pada minit ke-63 menerusi Jose Eduardo Bischofe de Almeida dan Mohd Faisal Abdul Halim pada minit ke-90