Liga Super Malaysia Berita

FAM gantung tiga pemain

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu memaklumkan bahawa dua pemain import dan seorang pemain tempatan dikenakan hukuman gantung dua perlawanan oleh badan induk bola sepak negara.

Tindakan pergantungan tersebut dilakukan di bawah Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM yang diputuskan pada mesyuarat semalam.

Pemain yang digantung adalah pertahanan import Kedah, Renan Alves yang didapati bersalah menghentak kepalanya ke atas kepala pemain PKNS FC Muhamad Faizat Mohamad Ghazali pada perlawanan antara Kedah dan PKNS FC di Stadium Darul Aman, 2 Mac lalu.

Manakala penyerang import PKNS FC, Kpah Sean Sherman didapati bersalah selepas menyiku bahagian dada pemain import PKNP FC, Amani Manual Aguinaldo

Terakhir adalah pemain PKNP FC, Ahmad Sukri Ab Hamid dilaporkan telah menolak emain Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Nazmi Faiz Mansor sehingga terjatuh pada pertemuan PKNP FC dan JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 9 Mac lalu

Baljit Singh turut memaklumkan ketiga-tiga pemain ini telah diberi amaran keras serta diberi ingatakan bahawa hukuman lebih berat bakal menyusul jika mereka mengulangi kesalahan mereka.

Hukuman gantung dua perlawanan ini bakal menyaksikan Alves terlepas aksi pertembungan dengan Kedah pada perlawanan Liga Super, malam ini.