Luar Negara Berita

Ketiadaan Rashford buka jalan buat Sancho

Gareth Southgate merancang untuk memberi Jadon Sancho perlawanan kompetetif pertama untuk England pada perlawanan menentang Republik Czech pada hari Jumaat ini, menurut Sky Sports.

Marcus Rashford terpaksa diketepikan daripada skuad Three Lions pada Khamis, semalam kerana kecederaan pergelangan kaki telah membuka jalan untuk Sancho mengambil alih tugas yang ditinggalkan penyerang Manchester United.

Pemain berusia 18 tahun ini telah memainkan kurang daripada setengah jam bola sepak kompetitif untuk pasukan senior England dalam tiga aksi antarabangsa sebelum ini, bermula daripada menentang Amerika Syarikat pada November tahun lalu.

(Photo by Martin Rose/Bongarts/Getty Images)

Sancho akan dipilih bersama-sama dengan rakan sepasukannya yang memenangi Piala Dunia U17 pada 2017, iaitu pemain Chelsea, Callum Hudson-Odoi, yang masih belum membuat debut bersama England.

Setelah meninggalkan Manchester City dan menyertai Borussia Dortmund pada 2017, Sancho berjaya meletakkan dirinya dalam kesebelasan utama kelab daripada Bundesliga dan menjadi pemain Inggeris pertama mencapai 10 bantuan gol untuk musim ini.