Luar Negara Berita

Tiga lelaki dipenjara 17 tahun kerana menawarkan streaming Liga Perdana secara haram

Tiga lelaki telah dipenjara selama 17 tahun kerana didapati bersalah menawarkan perkhidmatan streaming secara haram, di mana membolehkan penyokong bola sepak menonton Liga Perdana dengan harga diskaun di internet.

Steven King telah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat bulan, manakala Paul Rolston menerima enam tahun dan empat bulan dan Daniel Malone ditahan selama tiga tahun dan tiga bulan.

Menurut FACT, sebuah organisasi perlindungan harta intelektual di UK, ini adalah hukuman paling berat yang pernah dikeluarkan untuk jenayah berkaitan cetak rompak.

Ketua Pengarah FACT, Kieron Sharp, berkata: “Hasil dari kes ini menunjukkan bahawa aliran haram, dan akses haram ke bola sepak Liga Perdana adalah satu jenayah yang serius.”

Metro.co.uk

Trio yang bersalah menerima wang ebih dari 1000 pub dan kelab di sekitar Inggeris dan Wales, di bawah nama Dreambox, Dreambox, TV Limited dan Digital Switchover Limited.

Perkhidmatan ini membolehkan pub dan kelab menonton siaran TV tanpa membayar kepada penyiar.

Kevin Plumb, Pengarah Perkhidmatan Perundangan Liga Perdana, berkata, “Keputusan hari ini telah memberikan bukti lanjut bahawa undang-undang akan mengejar syarikat dan individu yang menipu dan melanggar hak cipta.

“Hukuman yang dikeluarkan mencerminkan bahawa tahap skala jenayah.

“Menggunakan perkhidmatan ini adalah menyalahi undang-undang dan peminat perlu sedar bahawa apabila mereka berbuat demikian, mereka memasuki perjanjian dengan perniagaan haram. Mereka juga berisiko menjadi mangsa penipuan atau pencurian identiti dengan menyerahkan data peribadi dan maklumat kewangan.”