Luar Negara Berita

Polis jumpa pisau dan dadah pada perlawanan PSG, Chelsea

Polis menemui pisau dan dadah pada penyokong Paris Saint-Germain yang turun di London Selatan serta menyebabkan kerosakan di Stadium Kingsmeadow Wimbledon menjelang perlawanan Liga Juara-Juara wanita.

Polis Metropolitan mengesahkan bahawa seorang lelaki ditangkap kerana memiliki bahan kelas A pada perlawanan Paris Saint-Germain Wanita menentang pasukan Chelsea Wanita, semalam.

Peminat PSG baru-baru ini telah diharamkan daripada bertandang ke stadium untuk dua perlawanan sebagai hukuman untuk vandalisme pada final Piala Liga Perancis baru-baru ini melawan Lyon, di mana mereka telah melakukan kesalahan merosakkan harta awam termasuk merobek tempat duduk dan mengotorkan dinding Stadium Groupama dengan grafiti.

Sekumpulan penyokong PSG tiba di Kingsmeadow di Norbiton, barat London, sekitar 8 pagi – hanya kurang dari 12 jam sebelum sepak mula yang dijadualkan pada pukul 7.05 petang – dan menyebabkan kerosakan jenayah, tetapi berjaya melarikan diri apabila polis tiba.

(Photo by Chelsea Football Club/Chelsea FC via Getty Images)

Peminat PSG kemudiannya terlibat dalam gangguan di kedua-dua stesen Wimbledon dan Waterloo sebelum kembali ke Kingsmeadow sebelum sepak mula pada sebelah petang.

Pasukan Chelsea Wanita memenangi perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara, 2-0, di mana dihadiri oleh pemain pertahanan pasukan lelaki, David Luiz.

Kenyataan Polis menyatakan, “pada kira-kira jam 8 pada hari Khamis, 21 Mac polis dipanggil apabila terdapat laporan bahawa  kumpulan penyokong Paris St Germain (PSG) telah menyebabkan kerosakan jenayah di Stadium Kingsmeadow di Kingston.

“Anggota polis terus bergegas ke tempat kejadian tetapi pesalah yang terlibat telah meninggalkan tempat kejadian. Kemudian pada hari yang sama, para pegawai diberitahu mengenai gangguan daripada penyokong PSG di kedua-dua stesen Waterloo dan Wimbledon.

“Mereka yang terlibat telah dikenalpasti dan ketika mereka menghadiri Stadium Kingsmeadow petang ini, mereka ditahan.”