Kuala Lumpur telah disahkan sebagai hentian seterusnya untuk Liverpool FC World Tour yang dibawakan oleh Standard Chartered. Peminat Liverpool akan merasai pengalaman LFC World Hub di One Utama, Center Court dari 20 – 21 April 2019 dan akan dibuka setiap hari.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan daripada semua peringkat umur dan berpeluang bertemu dengan beberapa wira Liverpool antaranya Jason McAteer, Sami Hyypia dan Steve McManaman.
Standard Chartered sebelum ini telah membawa Liverpool melawat sembilan lokasi di seluruh dunia dan ia telah memasuki musim ketiga.
Sami Hyypia, pemain tengah dan lagenda Liverpool berkata “Untuk Reds di Malaysia, anda perlu berada di LFC World Kuala Lumpur . Kami tahu, tidak semua peminat kami boleh hadir ke Anfield, jadi inilah cara kami untuk membawa Anfield lebih dekat dengan anda. Kita tidak boleh menunggu untuk bertemu dengan semua orang, ia akan menjadi hujung minggu yang hebat.”
Peminat Reds bakal merasai sendiri pengalaman di Anfield dengan kewujudan LFC World Hub apabila beberapa lokasi ikonik seperti Shankly Gates, papan tanda This Is Anfield dan bilik persalinan pemain diwujudkan bagi peminat Reds di Malaysia.
Selain daripada itu, peminat Liverpool bakal menyaksikan perlawanan menentang Cardiff pada Ahad nanti bersama-sama dengan lagenda Reds dan bakal turut diadakan beberapa aktiviti sebelum perlawanan bermula jam 11 malam.
Peminat juga akan terlibat dalam pelbagai pertandingan dan berpeluang memenangi hadiah dalam pelbagai acara yang dipertandingkan, termasuk peluang untuk bertemu dengan pemain lagenda Liverpool.