Selepas ditewaskan oleh Porto pada aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, pengurus As Roma, Eusebio Di Francesco dipecat daripada kerusi pengurus Roma awal pagi tadi.
Di Francesco gagal membawa Roma melepasi suku akhir selepas tewas mengejut di tangan Porto dengan agregat 3-4 setelah membawa bekalan selesa pada perlawanan pertama dengan kelebihan 2-1.
Dikhabarkan kerusi yang ditinggalkan oleh Di Francesco bakal digantikan oleh bekas jurulatih Roma, Claudio Ranieri.
“AS Roma mengesahkan ketua jurulatih Eusebio Di Francesco meninggalkan kelab ini berkuat kuasa serta-merta,” menurut kenyataan kelab itu.
Satu mesyuarat turut diadakan bagi membincangankan masa depan Di Francesso.
Presiden kelab Jim Pallotta kemudian berkata: “Bagi pihak diri saya dan setiap orang di AS Roma, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Eusebio kerana kerja keras dan komitmennya.
“Sejak kembali ke kelab ini, Eusebio sering bertindak secara profesional dan meletakkan kepentingan kelab melebihi peribadi. Kami mendoakan beliau berjaya selepas ini.”
Di Franceso dilantik sebagai pengurus Roma pada Jun 2017, beliau pernah meraih kejuaraan Seria A sebagai pemain pada 2001. Biarpun berjaya membawa roma ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu setelah kali terakhir berbuat demikian adalah pada 1984.