Luar Negara Berita

Messi Kembali Sarung Jersi Argentina, Aguero Diketepikan

Lionel Messi dipanggil semula untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Argentina, tetapi lain pula cerita buat Sergio Aguero yang tidak tersenarai pada aksi persahabatan menentang Venezuela di Madrid pada 22 Mac ini.

Messi kali terakhir mewakili pasukan Argentina adalah pada aksi Piala Dunia tahun lalu yang menyaksikan mereka tewas di tangan juara dunia, Perancis.

Aguero pula gagal menempatkan nama beliau di dalam skuad jurulatih sementara Lionel Scaloni biarpun telah menjaringkan 18 gol sepanjang kempen Liga Perdana Inggeris yang menempatkan beliau sebagai penjaring terbanyak.

Selain daripada Aguero, bintang Inter Milan, Mauro Icardi dan penyerang Chelsea, Gonzalo Higuain juga gagal mendapat tempat dalam skuad Argentina untuk perlawanan menentang Venezuela.

“Piala Dunia satu kekecewaan besar buat setiap orang, apatah lagi buatnya,” kata Scaloni kepada wartawan di pusat latihan Argentina, Ezeiza di pinggir Buenos Aires.

“Kemudian pada aksi persahabatan dia menyaksikan kami bermain, dia sukakannya dan dia mahu mencuba sekali lagi dan dia diterima.”

Scaloni menyatakan “Messi lebih suka untuk datang berbanding berehat,” di sebalik jadual padat bersama kelabnya.

“Leo kini dipanggil dan kemudian kami akan lihat sama ada dia bermain satu atau dua perlawanan – atau tiada langsung. Saya tidak tahu. Keputusan itu akan saya buat kemudian.”

SKUAD ARGENTINA

Penjaga gol: Agustin Marchesin (Club America/MEX), Juan Musso (Udinese/ITA), Franco Armani (River Plate), Esteban Andrada (Boca Juniors)

Pertahanan: German Pezzella (Fiorentina/ITA), Gabriel Mercado (Sevilla/ESP), Juan Foyth (Tottenham/ENG), Nicolas Otamendi (Manchester City/ENG), Walter Kannemann (Gremio/BRA), Nicolas Tagliafico (Ajax/NED), Marcos Acuna (Sporting Lisbon/POR), Gonzalo Montiel (River Plate), Renzo Saravia (Racing Club), Lisandro Martinez (Defensa y Justicia)

Tengah: Leandro Paredes, Angel Di Maria (Paris Saint-Germain/FRA), Guido Rodriguez (Club America/MEX), Giovani Lo Celso (Real Betis/ESP), Manuel Lanzini (West Ham/ENG), Roberto Pereyra (Watford/ENG), Matias Zaracho (Racing Club), Ivan Marcone (Boca Juniors), Domingo Blanco (Defensa y Justicia), Rodrigo De Paul (Udinese/ITA)

Penyerang: Lionel Messi (Barcelona/ESP), Gonzalo Martinez (Atlanta United/USA), Paulo Dybala (Juventus/ITA), Angel Correa (Atletico Madrid/ESP), Lautaro Martinez (Inter Milan/ITA), Dario Benedetto (Boca Juniors), Matias Suarez (River Plate)