Liga Super Malaysia Berita

Tumbukan punca JDT lawan Levski terpaksa dihentikan

Perlawanan pra-musim antara JDT dan kelab Bulgaria, Levski Sofia terpaksa dihentikan ekoran insiden pergaduhan, ketika JDT mendahului 1-0.

Pergaduhan antara kedua-dua pasukan itu tercetus apabila Fernando Forestieri dilihat menumbuk pemain Levski sehingga tersungkur di atas padang.

Tindakan itu mengundang kemarahan pasukan Levski yang menyerbu Forestieri, sebelum pemain JDT turut sama dalam insiden tersebut.

JDT kemudian memaklumkan bahawa perlawanan itu dihentikan pada minit ke-54 ekoran tiada semangat kesukanan pihak lawan.

JDT juga mendakwa Levski menggunakan cara permainan agresif yang melampau dan menyifatkan pengadil gagal mengawal perlawanan.