Luar Negara Berita

Ramos Bertikam Lidah Dengan Perez

Pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos dikhabarkan bertengkar dengan presiden kelab Florentino Perez sejurus selepas kekalahan mengejut 1-4 ke atas Ajax yang menyebabkan mereka tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.

Pergaduhan yang berlaku di dalam bilik persalinan itu terjadi selepas Perez memberitahu kepada pasukan bahawa kekalahan mereka ke atas Ajax adalah amat ‘memalukan’ dan ia mencetus kemarahan Ramos yang tidak diturunkan pada aksi tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Marca, kapten Real Madrid itu bersedia untuk meninggalkan kelab tersebut dengan syarat dia dibayar baki kontrak.

(Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

Perez yang mengancam untuk memecat beliau dihadapan para pemain lain membalas kenyataan presiden kelab tersebut dengan menyatakan “bayar saya dan saya akan pergi, saya sudah berikan segala-galanya selain kecederaan belakang kerana bermain demi lencana ini, kelab ini dan anda.”

Real Madrid yang mendominasi Liga Juara-Juara sejak 2010 gagal mempertahankan kejuaraan mereka setelah tewas di tangan Ajax.

Lebih buruk lagi, dalam masa tujuh hari mereka terkeluar daripada saingan Copa del Rey dan juga perebutan La Liga dengan kedua-duanya ditewaskan oleh Barcelona.