Liga Super Malaysia Berita

JDT Tumpaskan Selangor

Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menewaskan Selangor di Stadium Shah Alam, malam tadi dengan jaringan besar 4-2 bagi mendapat tiga mata penuh.

Kemenangan ini juga menyaksikan JDT merampas kedudukan Liga Super daripada pasukan Kedah yang dijangka turun bertemu PKNS hari ini.

Pasukan Harimau Selatan telah berjaya mengumpul 13 mata selepas mencatat empat kemenangan dan satu keputusan seri.

Gol JDT dihasilkan oleh Velazquez Leandro, Diogo Luis Santo dan Gonzalo Cabrera.