Malaysia Berita

Hasmawi Seru Ahmad Amizal ‘Keluar’

Bekas pegawai khas mantan Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Hasmawi Hassan tampil memohon maaf sambil mengakui beliau juga turut ‘dikencing’ oleh bekas Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie.

Beliau yang ditemui pada sidang media mengakui sedih dan terkilan disebabkan ramai yang teraniaya dengan janji-janji yang ditaburi oleh Ahmad Amizal.

Hasmawi juga meminta agar Ahmad Amizal tampil kehadapan dan mengambil sikap tanggungjawab dengan segala penipuan yang telah beliau lakukan kepada seluruh warga PFA, penyokong Perlis dan rakyat Malaysia.

“Saya merasakan dia mengguna pakai kami. Ia babitkan nama saya dan sememangnya amat terkesan apabila semua rakan-rakan kami teraniaya. Bila tiba masa ini yang berlaku dan jauh dari sudut hati memang saya sedih. Saya sedih sebab ramai yang teraniaya.

“Saya mohon maaf kepada seluruh peminat bola sepak khususnya rakyat Perlis, sahabat saya, pemain, jurulatih. Saya hanya menjalankan tugas sekadar termampu dengan saya ditugaskan lebih kepada penasihat (babitkan soal bola sepak) tanpa menyentuh soal pengurusan serta kewangan.

“Tetapi (daripada apa yang berlau) kesannya cukup besar terhadap individu terbabit dan ia boleh merosakan pemain bola sepak selain menjatuhkan rumah tanga orang kerana di belakang pemain ada orang yang perlu diberi makan.

“Namun hingga sekarang dia (Ahmad Amizal) tidak buat apa-apa tindakan. Kepada Datuk, ‘keluarlah’ untuk pikul tanggungjawab apa yang sudah dilakukan,” katanya kepada Berita Harian.