Luar Negara Berita

Bapa Neymar Nafi Perpindahan Anaknya Ke PSG Disebabkan Messi

Perpindahan melibatkan Neymar ke kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain pada musim 2017 bukan disebabkan Lionel Messi.

Itulah menurut kenyataaan bapanya yang telah menolak dakwaan bahawa bintang Argentina adalah penyebab kepada perpindahan itu terjadi.

Pemain paling mahal di dunia itu membuat perpindahan £ 200 juta daripada Barcelona ke PSG pada musim panas 2017.

Tetapi selepas hanya satu musim di Ligue 1, timbul spekulasi bahawa Neymar tidak gembira dengan kehidupan di kota Paris yang berbeza dengan Sepanyol.

Malah timbul spekulasi bahawa Neymar sudah berhubung dengan beberapa orang di Barcelona untuk melihat peluang kembali ke Camp Nou.

“Anak saya tidak meninggalkan Barca kerana dia merasa dalam bayangan Messi,” katanya.

“Apabila dia menerima panggilan dari Emir dan menunjukkan minatnya untuk memiliki bintang baru dan pasukan yang bercita-cita tinggi, kami mengambil kira itu.”

Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images

Walaupun kepulangan ke Catalonia tidak mungkin menjadi kenyataan. Neymar boleh menjadikan Real Madrid sebagai destinasi terbaru beliau sekiranya beliau mahu meninggalkan Parc des.

Los Blancos yang telah kehilangan sentuhan sejak pemergian bintang mereka, Cristiano Ronaldo sedang dalam pencarian pemain yang boleh mengisi kekosongan yang Ronaldo tinggalkan.

Dengan Florentino Perez bersedia untuk menambah skuad baru musim panas ini. Sudah pasti bintang daripada Brazil ini bakal menjadi keutamaan mereka.

Tetapi bagi bapa Neymar, beliau menegaskan bahawa anaknya tidak akan kemana-mana.

“Neymar tidak akan pergi ke Real Madrid,” katanya.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi sebelum ini menyatakan bahawa Real Madrid faham bahawa Neymar bukan untuk dijual.

Kelab itu mengeluarkan kenyataan pada Julai lalu yang menafikan bahawa mereka telah membuat tawaran untuk pemain berusia 27 tahun itu.

“Sama ada Real Madrid, atau mana-mana kelab lain di dunia, perlu menghubungi kami mengenai Neymar atau pemain lain,” katanya kepada Marca.

“Real Madrid tahu dengan baik bahawa Neymar tidak akan dijual dan pemain ini

tidak akan meninggalkan PSG musim panas ini. Kami mempunyai hubungan yang hebat dengan Neymar dan ayahnya dan ia dibina untuk bertahan lama.”