Luar Negara Berita

Liverpool Gagal Manfaat Peluang

Jurgen Klopp mahu anak buahnya belajar cara untuk menangani tekanan bagi memburu kejuaraan selepas pasukannya dilihat buntu untuk mengalah Manchester United di Old Trafford, semalam.

United yang kehilangan tiga pemain utama dalam masa 42 minit akibat daripada kecederaan terpaksa memasukkan tiga pemain gantian.

Skuad kendalian Klopp gagal memanfaatkan peluang tersebut untuk mencari gol kemenangan apabila serangan yang dilancarkan nyata hambar terutama selepas kehilangan Roberto Firmino yang jelas memberi impak kepada Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images

“Sudah tentu ada tekanan tetapi dari sudut pandang saya, ia amat positif,” kata Klopp. “Ia tekanan tetapi saya tidak mahu menggunakannya, saya hanya mahu duduk di sini dan menyatakan sesuatu yang bodoh, ia mudah!

“Pemain-pemain perlu belajar daripada situasi ini dan satu-satunya jalan kami boleh melakukannya ialah dengan semangat.

“Hati dan jiwa kelab ini adalah semangat. Watford pada Khamis adalah satu lagi peluang, kemudian ada aksi tetangga (di Everton) yang sentiasa menjadi perlawanan beremosi, cukup bersemangat.

“Hari ini kami perlu berjuang dan kami tidak melakukannya dengan cara yang sepatutnya kami lakukan. Kamu boleh berkata ia sesuatu yang tidak terpuji tetapi kami datang dari mana kami datang dan kini di mana kami berada.”