Penyokong Liverpool dan Bayern Munich melupakan permusuhan dua kelab gergasi eropah pada pertembungan Liga Juara-Juara apabila turut sama membantah kenaikan harga tiket.
Penyokong Liverpool dan Bayern Munich melepaskan persaingan semasa pertembungan Liga Juara-Juara bertahan tinggi Selasa ini untuk membantah kenaikan harga tiket.
Penyokong Bayern menaikkan sepanduk di awal babak kedua yang berbunyi: “Tiket A LFC 48£ FCB 55 €”.
“Th€ gr€€d tidak tahu apa-apa! Twenty Is Plenty.”
Sepanduk itu turut disokong oleh penyokong Liverpool apabila mereka turut sama menepuk tangan sewaktu sepanduk itu dinaikkan.
“Twenty Is Plenty” merujuk kepada kempen yang dilancarkan di England oleh Persekutuan Penyokong Bola Sepak yang mendesak harga tiket diletakkan pada £20 kepada penyokong yang berkunjung ke halaman lawan.
Awal bulan ini, Liga Perdana Inggeris mengumumkan bahawa harga tiket untuk perlawanan di tempat lawan akan ditetapkan dengan harga £30 untuk tiga musim lagi.
Ini bukan kali pertama peminat Bayern membantah harga tiket.
Pada 2017, penyokong Bayern melemparkan wang palsu ke padang semasa kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Anderlecht selepas dikenakan bayaran €100 untuk menonton pertandingan di halaman lawan.
Sebagai tindak balas, Anderlecht diperintahkan untuk mengembalikan sebahagian wang penyokong Bayern selepas badan pentadbir pertandingan UEFA merasakan harga tiket terlalu mahal. Bayern juga turut didenda oleh UEFA untuk bantahan itu.
Kelab Jerman itu juga pernah mengadakan bantahan pada perlawanan menentang Arsenal pada 2015 semasa perlawanan Liga Juara-Juara.
Penyokong Liverpool juga pernah membantah harga tiket yang tidak masuk akal apabila sekitar 10,000 penyokong keluar pada minit ke 77 sewaktu kempen Liga Perdana menentang Sunderland pada Februari 2016 sebagai tindak balas terhadap kenaikan harga tiket musim tersebut.
Biarpun mereka bekerjasama dalam membantah kenaikan harga tiket, tetapi kedua-dua pasukan gagal untuk mencari gol pendahuluan bagi membawa bekalan selesa pada perlawanan kedua di Bayern nanti.
“Ia adalah satu perlawanan yang sengit untuk kedua-dua belah pihak,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kepada BT Sport. “Ia bukan permainan yang akan kita ingat dalam 30 tahun, hasilnya dan kami akan bekerjasama dengannya.”