Luar Negara Berita

Kecederaan Buat Neymar Menangis Selama Dua Hari

Neymar “menangis selama dua hari” selepas menerima kecederaan kaki kanannya untuk kali kedua pada Januari lalu, katanya kepada sesi temu bual di Brazil.

Bintang Paris Saint-Germain yang berusia 27 tahun mengakui bahawa kecederaan sama berulang pada Januari lalu memaksa beliau untuk melakukan pembedahan.

Neymar juga tidak berselindung bahawa kecederaan kali ini mengganggu emosi beliau.

“Ia lebih rumit, kali pertama saya mengalami kecederaan, saya berkata, ‘Saya akan menjalani pembedahan, ia perlu dibaiki secepat mungkin’. Saya tidak sedih,” katanya kepada Globo TV.

“Kali ini, saya mengambilnya lebih serius, saya menangis selama dua hari di rumah.”

Kecederaan yang ditanggung dalam kemenangan Piala Perancis di Strasbourg pada 23 Januari telah mengetepikan pemain Brazil selama 10 minggu.

PSG berharap beliau akan cepat sembuh untuk kembali ke padang pada masa yang tepat untuk suku akhir Liga Juara-Juara pada April nanti.

Kali ini, kakitangan perubatan kelab telah memutuskan rawatan konservatif akan dilakukan.

Tahun lepas, Neymar diketepikan selama tiga bulan selepas pembedahan, nasib beliau baik apabila pulih sepenuhnya pada kempen Piala Dunia.