Menjelang aksi pertama Liga Super diantara FELDA United FC dan Selangor yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam bakal menjadi tumpuan, Ahad ini.
Pengendali FELDA, Mohd Nidzam Jamil dan pengendali Selangor, B Sathianathan pernah bekerjasama membantu The Fighters menjadi juara Liga Perdana musim lalu.
Justeru, bagi Mohd Nidzam, beliau banyak terhutang budi dengan Sathianathan dalam memberi tunjuk ajar.
Memetik kata-kata beliaud di Berita Harian, “saya banyak terhutang budi dengan B Sathianathan kerana mula mengenalinya sejak berumur 12 tahun lagi dan ketika berumur 17 tahun dalam skuad remaja kebangsaan, Sathianathan sebagai penolong jurulatih.
“Apabila bersama The Fighters selama dua musim, kami banyak berkongsi pendapat dan bercerita mengenai bola sepak untuk memastikan kelab ini beroleh kejayaan.
“Ternyata usaha kami berjaya dan FELDA United kembali bersaing di Liga Super musim ini dan saya akan sentiasa menghormatinya sebagai guru,”
Beliau turut menjelaskan bahawa aksi Ahad ini bukannya tentang dia dan B Sathianathan tetapi tentang pasukan.
“Bagi saya, kami mempunyai misi sama apabila diberi tanggungjawab mengendalikan pasukan dan cukup profesional sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.
“Masing-masing mempunyai kelebihan dan sejujurnya saya mahu memastikan FELDA United merekod kemenangan biarpun berdepan cabaran besar terutama beraksi di tempat lawan,” katanya kepada Berita Harian.