Eropah Berita

Manchester United Pecat Mourinho

Kelab gergasi England, Manchester United mengumumkan bahawa Jose Mourinho telah meninggalkan kelab itu berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang tewas kepada Liverpool minggu lalu meninggalkan kelab setelah musim yang kurang memberangsangkan apabila berada di tangga ke-6 dengan hanya mengutio 26 mata setelah 17 perlawanan.

“Manchester United mengumumkan bahawa pengurus Jose Mourinho telah meninggalkan kelab itu dengan serta-merta.

“Kelab itu ingin mengucapkan terima kasih kepada Jose atas kerjanya selama masa di Manchester United dan berharap dia berjaya di masa depan.” Kata kenyataan tersebut.

Biarpun melalui musim yang buruk, Jose Mourinho telah membawa United memenangi Liga Europa, Piala Liga dan membawa United kembali beraksi di Liga Juara-Juara.

Dalam masa yang sama, United bakal melantik seorang pengurus sementara sehingga akhir musim ini. Khabar daripada England mengatakan bahawa pemain lagenda tengah Manchester United, Michael Carrick bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mourniho sehingga musim ini.

“Seorang pengurus sementara akan dilantik sehingga hujung musim ini, sementara kelab itu menjalankan proses perekrutan yang menyeluruh untuk pengurus baru, penuh waktu.”

United bakal melantik seorang pengurus baru pada musim hadapan dengan bekas pengurus Real Madrid, Zidane dan pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino dikaitkan dengan United