Luar Negara Berita

Mauricio Pochettino Jadi Buruan Manchester United

Selepas menyingkirkan Jose Mourinho daripada kerusi panas The Red Devils. Manchester United sedang dalam pemburuan mencari pengurus baru bagi menghadapi musim hadapan.

Antara nama yang kembali disebut bakal menggantikan Mourinho adalah pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino.

Sejak daripada 2013, Pochettino disebut sebagai pengurus Manchester United kerana Sir Alex Ferguson mengagumi beliau. Tambahan pula, beliau mempunyai kualiti dalam membaca kebolehan pemain muda serta corak permainan beliau yang menyerang.

Nama beliau kembali panas selepas Jose Mourinho dipecat oleh pengurusan Manchester United selepas tewas kepada Liverpool, 1-3 di Anfield dan menduduki tempat ke-6 selepas 17 perlawanan.

Selain daripada beliau, bekas pengurus kelab gergasi Real Madrid, Zinedine Zidane juga dikaitkan dengan mengurus Manchester United.

Selain daripada itu, bekas pemain tengah United, Michael Carrick, yang kini turut melatih kelab berkenaan juga dinamakan sebagai calon pengganti selain bekas jurulatih Monaco, Leonardo Jardim.