Malaysia Berita

Akram Mahinan Sarung Jersi PKNS FC Musim Hadapan

Pemain tengah skuad Kedah dan Harimau Malaya, Akram Mahinan akhirnya membuat keputusan untuk menyertai PKNS FC bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan.

Teka-teka perpindahan beliau daripada skuad Helang Merah ke PKNS FC akhirnya terjawab setelah beberapa desus desas yang mengatakan bahawa beliau akan berpengkalan di salah sebuah kelab di Selangor.

Akram dalam prestasi terbaik membantu skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke pentas final Piala AFF Suzuki 2018 selepas kali terakhir skuad negara melayakkan diri ke pentas final adalah pada 2010 akan bermain dibawah bimbingan Datuk K. Rajagopal.

Selain daripada beliau, dua pemain Kedah yang lain turut mengumumkan akan bersama The Red Ants bagi musim hadapan. Pemain tersebut ialah Muhammad Ariff Farhan Md Isa yang bermain diposisi pertahanan dan penjaga gol, Mohd Farhan Abu Bakar.

PKNS FC mengucapkan selamat datang kepada Akram Mahinan menerusi satu pengumuman rasmi yang dibuat di laman Facebook milik kelab The Reds Ants.

“PKNS FC mengucapkan selamat datang ke Koloni Semut Merah buat pemain tengah skuad kebangsaan, Muhammad Akram Mahinan.

Kami percaya kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh Akram mampu membawa PKNS FC ke tahap yang lebih tinggi.

PKNS FC juga mengucapkan selamat maju jaya buat Akram yang akan menjadi nadi penting skuad Malaysia dalam aksi final Piala AFF Suzuki pada hari Selasa nanti menentang Vietnam.” Kata kenyataan tersebut.

Akram Mahinan pemain tengah paling konsisten selepas diletakkan antara lima pemain tengah terbaik sepanjang kempen Piala AFF Suzuki 2018. Biarpun beliau menerima banyak kritikan daripada peminat bolasepak, beliau berjaya menunjukkan mereka bahawa kritikan mereka hanya cakap-cakap kosong.